Hampir sejam dalam perjalanan Maya dan Fareez masih diam membisu. Fareez tenang dengan pemanduan dan Maya melayan perasaan. Maya teringat kembali bait-bait perbualan dengan Datin Sherry sebelum berangkat pulang.
"Maya, boleh tak Maya terima Fareez balik."
"Soal jodoh, Maya berserah kat Allah ma."
"Tolong la Maya. Fareez betul-betul sayangkan Maya, bagi la dia peluang ye sayang."
"Maya nak tanya sikit boleh, tapi mama jangan marah ye."
"Ape dia sayang."
"Kalau Maya anak mama, mama akan pujuk macam ni tak untuk Maya terima lelaki macam Fareez?"
Datin Sherry menundukkan kepala. "Mama faham. Reez made mistake, but he change a lot. Mama yakin dia tak kan ulang kesilapan yang sama. Mama minta maaf bagi pihak anak mama. Tapi Maya je yang boleh bahagiakan dia. 3 tahun dia tak pernah seceria sekarang, nak senyum pun susah. Dan dia memang tak nak move on dari Maya. Seboleh-boleh nye dia akan elak jumpa dengan mana-mana perempuan walaupun dekat tempat kerja. Please Maya, pertimbangkan permintaan Mama." Datin Sherry menggenggam erat kedua tangan Maya.
Mata Maya berkaca dalam rasa serba salah. "insyaAllah, Maya cuba. Ini soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa kan."
"Ape pun keputusna Maya, jangan lupa kan mama ye. Mama da anggap Maya macam anak mama sendiri. Balik la rumah mama sekali sekala. Adik-adik Reez pun rindu kan Maya." Datin Sherry dan Maya berpelukan sebelum datin Sherry melolos kan diri ke dalam kereta. Fareez dan Dato Haikal berhenti berbual, bersalam dan berpelukan setelah melihat Datin Sherry menutup pintu.
"Hey! Hey! Maya." Berulng kali Fareez memetik jari di depan muka Maya.
"Haa what." Maya tersedar dari lmaunan nye.
"Berangan ke mengelamun? Penat abang cakap sorang-sorang.""mengelamun pasal ape tadi?"
"Mana ada lah. Teringat kat Mama je."
"Haik baru sekejap tadi jumpa, rindu da ke. Kalau nak patah balik, abang boleh pusing."
"Eh tak payah, tak payah. Esok kerja kan."
"Boleh cuti kan."
"Hee, bukan company bapak sendiri nak suka-suka cuti."
Fareez hanya tersengih.
"Maya. Mama mesti seronok kalau Maya jadi menantu dia."
"Herm kan. Maya pun rasa camtu. Tapi tu la, adik Reez yang laki tu minat perempuan berumur tak?" Maya tergelak di dalam hati melihat senyuman Fareez yng mencuka.
"Maya nak tanya Reez sikit boleh?"
"Kenapa Reez tipu Maya dulu?"
Lama Fareez membisu tanpa jawapan. Maya mengalihkan pandangan ke depan kembali.
"Abang tersilap langkah, tapi abang takut nak berterus terang. Sampai satu penipuan bertambah menjadi dua, tiga dan seterusnya. Abang takut Maya kecewa dengan abang dan tinggalkan abang. Abang nak Maya ceria je. Biar abang je yang hadap kesilapan abang sorang-sorang. Tapi abang silap. Penipuan abang yang buat Maya kecewa dan hilang dari abang. Abang bodoh, bodoh percayakan ugutan Rita."
"Rita? Kenapa dia ugut Reez"
"Cemburu. Cemburu dengan cinta Reez pada Maya."
Penerangan Farez sedikit pun tidak berbeza dengan isi kandungan surat yang Maya baca.
"Kalau kita tak pernah berpisah, maksudnye Reez akan terus tipu Maya?"
"No, i was plan to told you, but i dont know how. Kalau abang explain semua kat Maya dulu, Maya rasa, Maya boleh terima dan maafkan abang?"
"Tak penting pun jawapan tu sekarang kan. Benda da berlalu."
"Penting untuk abang. Untuk abang menyesali dan ambil ikhtibar."
"Mungkin amarah dan kebencian tu berbeza. What if i was the one who doing that. Abang masih nak ke terima Maya?"
"Abang ni tak sempurna untuk demand macam-macam, abang cuma tau abang nak bahagia dengan Maya."
"Walau pun berlaku depan mata abang?"
"Abang tau dan abang yakin Maya bukan macam tu. Kalau ye pun abang tetap terima. Maya mesti ada sebab dan kisah Maya tersendiri." Fareez menggengam erat tangan Maya, tetapi di leraikan oleh Maya.
"Kenapa Maya tiba-tiba tanya?"
"Saje la nak tau. Nak cerita kat anak cucu nanti."
"Jauh nye fikir. Cari la suami dulu yang ooiii."
"Calon nye da ada. Confirmation je takde lagi."
Air muka Fareez berubah. Lama Fareez berdiam diri.
"Siapa calon tu? Boleh abang tau?"
"Ada la, nanti Reez akan tau juga. Lagi pun Reez kenal orang tu" Maya tergelak kecil.
"Mamat yang Maya dating hari tu ke?" Fareez cuba meneka. Maya hanya berdiam dan tersenyum.
"Atau yang tengok wayang tu. Yang tu abang tak berkenan la. Cakap la. Abang betul nak tau ni." Maya masih diam memandang ke luar. Fareez menarik tangan Maya, cuba menarik perhatian Maya supaya memandang diri nya. "Abang da takde harapan ke untuk pikat Maya? Tolong Maya. Please bagi abang peluang. Last chance. Abang tak mampu nak janji apa-apa, tapi abang akan buat yang terbaik."
Maya terasa sayu dengan rintihan Fareez, niatnye untuk bergurau bertukar sedih. Fareez melepas kan tangan Maya perlahan selepas lama dia melihat tiada reaksi dari Maya. Fareez kembali fokus ke pemanduan.
Tanpa tak terduga bibir Maya bertemu dengan bibir Fareez yang tengah fokus pada pemanduan. Fareez cuba mengawal emosi dan pemanduan nye sambil mengerling ke arah Maya. Sedetik Maya kembali duduk seperti biasa mengetap bibir. Fareez yang masih tergamam tidak pasti harus beriaksi ape. Pelbagai persoalan muncul di fikiran. Melihat hentian di hadapan Fareez mengambil pelung untuk berhenti.
Fareez segera melepas kan tali pinggang keledar, dan berpusing memandang Maya. "Can you do it again?" Sambil menunjukkan isyarat tangan di bibir nya. "I am ready now." Tambah Fareez sambil memejam kan mata.
"Ceh, gatal."
"Reez yang gatal or Maya? This morning you hug me smapainnak terjatuh atas Maya, then you just kiss me." Muka Maya kelihatan semakin merah menahan malu. "But tak adil la, i am not ready. Now i am, i can give you the best kiss." Fareez memegang kedua2 belah tangan Maya, membuatkan Maya terpaksa berpusing menghadap Fareez.
"Is that mean Reez calon Maya?"
Maya hanya tertunduk malu, masih berasa segan dengan tindakan nye sebentar tadi.
"Calon tunggal atau ada pesaing?"
Maya masih berdiam diri tidak pasti ape yang patut di balas.
"Thank you sayang, being one of the candidate pun ok. Reez akan cuba yang terbaik." Fareez mengangkat dagu Maya, merapatkan muka nye untuk mencium Maya.
Maya menutup matanye rapat-rapat, cuba menjauh kan diri nye tapi dengan ruang kereta yang sempit dia hanya merapat ke sisi pintu. Fareez hanya tersenyum melihat reaksi Maya tapi tetap mendekat. Akhirnye Fareez hanya mencium dahi Maya dan menjarak kan diri.
"Ingatkan Maya berani sangat tadi. Serang hendap je berani rupanye." Fareez menjilat bibir nye sambil menutup mata. "But i will remeber that." Fareez mencuit hidung Maya yang masih tersipu malu di sudut pintu.
Masing-masing kembali senyap seribu bahasa, tetapi tersengih dan tersenyum sendiri. Fareez menggengam erat jari jemari Maya sepanjang pemanduan.
Fareez mengambil susur keluar ke Taiping membawa Maya ke Maxwell hill. Menikmati pemandangan di atas bukit dalam cuaca dingin sambil menikmati kopi panas, terasa bagai pasangan kekasih. Fareez tidak henti-henti merenung Maya.
"Can you just stop staring at me like that?"
"Nop. Jom selfy" Fareez merapatkan kerusi ke sebelah Maya. Maya hanya menurut. Tidak sampai hati ingin menolak dan mematikan keterujaan Fareez.
Terasa indah bagai waktu dulu. Lewat petang baru mereka bergerak kembali ke Penang.
No comments:
Post a Comment