6
Hampir sebulan Fariz menetap di Pulau Pinang, tapi masih belum berjaya mencari Maya. Dia tak pasti macam mana nak ketahui lokasi Maya. Melalu media sosial FB dia ada menghantar request untuk berkawan dengan beberapa dmgadis bernama Maya. Tapi semua nya bukan Maya yang di cari. Masih ada satu akaun FB bernama Maya yang masih belum di terima. Tak banyak maklumat yang dapat dilihat kerana di set peribadi. Untuk menghubungi Maya secara terus, dia masih belum mempunyai kekuatan untuk berbicara melalui telefon.
Fareez berehat di balkoni rumah merenung malam yang semakin kelam. Sayup-sayup dia terdengar perbualan jiran di bawah rumah nya.
"Adi, macam mana nak main kod lagu ni?". Terdengar sumbang petikan gitar Qistina.
"lagu apa tu" Adi yang tengah melayan perasaan di balkoni merapati Qistina. "meh sini i main kan"
Datang lah sayang,
Dan biar aku berbaring,
Di pelukan mu,
Walau untuk sejenak,
Usap la dahi ku,
Dan kan ku katakan semua,
Bila ku lelah tetap la di sini,
Jangan biarkan aku sendiri,
Bila ku marah tetapla.
Tiba-tiba alunan gitar dan nyanyian terhenti. Fareez merasa sangat kenal dengan suara tu. Dia cuba mencuri dengar lagi perbualan mereka.
"Adi, jom tengok wayang malam ni."
"Haa? Cerita apa, kul berapa?"
"cerita kartun, boleh la Adi, please. I nak keluar dengan dia tapi takut plak."Qistina bercakap separuh berbisik." Lagi pun you bukan ada apa nak buat pun. Kita tak pernah keluar tengok wayang sama-sama kan, you asyik busy je"
"ok what time?"
"kul 10.30 ni kat Qb. Ada 2 jam lagi nak siap.
Fareez yang terdengar bualan tu dengan pantas mencapai telefon bimbitnya dan membuat tempahan tiket wayang. Kesemua cerita jam 10.30 malam ditempahnya. Lantas dia segera bersiap-siap. Dia berharap tekaan dia kali ni betul. Berharap jiran di bawah rumah nya adalah Maya.