7
"Qist, cepat la. Da pukul berapa ni, nanti tak sempat." bebel Adi, yang sedari tadi menunggu Qistina di ruang tamu.
"coming. Ok tak?" Qistina berpusing di depan Adi, menggayakan blouse dan skirt labuh bertona pink pastel.
"hamboi, wangi nye cik kak oii."
"ok tak Adi."
"Ok cantik da. Beria sangat ni, pi tengok wayang je pun."
"Ala sekali, sekala nak keluar dating."
"ala, dating ajak i kenapa? Nanti i kacau daun je"
"ish jangan la. First time ni nak keluar dengan dia. Selalu jumpa kat office je. Lagi pun dia ajak kawan dia. Takut la i nak pi sorang."
"habis tu, you nak drag i sekali? "
"ala, bukan macam tu la. Ok la, jom. Nanti lambat pulak. Naik kereta sape ni?"
"kereta you la Qist. I malas nak drive."
Sesampai di Queensbay Adi dan Qistina bergegas ke bahagian panggung wayang. Qistina menghubungi kawan nya untuk berjumpa.
"Adi jom beli popcorn dulu. Sat lagi diorang sampai."
Fareez berasa kehadiran Maya sewaktu sedang berbaris untuk membeli air.
"sedap nye bau perfume brother ni." Qistina berbisik ke telinga Adi.
"adi. Adi. Adi" Qistina memanggil Adi berulang kali. "u fikir ape?"
"tak, bau ni familiar sangat. Buat i teringat kan seseorang."
Fareez merasa yakin di belakang nya adalah Maya. Dia mencari keyakinan untuk menoleh ke belakang.
"Hai korang. Hai Qist. Hai awak." Hadi menegur Qistina dan Maya yang membuat kan mereka terkajut.
Maya yang menoleh ke rakan Qistina tidak bertemu mata dengan Fareez yang menoleh ke arah nya.
"wow cantik." Hadi merenung Maya.
"hai i Zamri." Zamri menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Maya.
"i Adi." Maya hanya tersenyum membiarkan salam tak bersambut.
"eh I pun Adi, tapi ada `H' kat depan. Jadi Hadi." hadi mematikan suasana kekok sebentar tadi. Masing-tergelak tersenyum sendiri. "eh jom. Nak order ape. I belanja."
"i nak pop corn dengan air je." Qistina bersuara.
"sama la, tapi air, i change to mineral water" Maya meminta kepada cahier.
"ada apa-apa lagi nak tambah cik. Ada banyak lagi balance ni" cashier bersuara.
"haa balance? I tak bayar pun lagi." Maya mendapatkan kepastian.
"owh tadi, abang handsome sebelum cik ni, dia belanja. Dia letak 100. Ni ada balance lagi 70 lebih."
"owh kalau macam tu, kita ambik yang promotion tu ada bekas air sekali, and then tambah nugget, and chips." Hadi mencelah.
"betul ke ni?" cahier meminta kepastian memandang Maya.
"yes. They are with us" Qistina memberi persetujuan.
"its ok babe, kalau dia manderam pun, we all semua makan juga. Lagi pun semua dari kaunter kan, bukan makanan sebarangan" Qistina menyedapkan hati Maya gang keraguan.
"ye la, jom la masuk, da nak start da tu."
Zamri mengeluarkan tiket dari poket. Mengajak semua bergerak.
Maya memerhatikan sekeliling mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti
Fareez yang memerhati dari jauh cuba mendapatkan kepastian hall mana Maya masuk, dan menurutinya dari jauh.
"Adi, can we change seat." Hadi yang berada di hujung sekali meminta untuk duduk di sebelah Qistina.
"ok. You owe me this" Maya bingkas bangun dan berbisik kepada Qistina. Dia bingkas melangkah mengambil tempat duduk Hadi di hujung sebelah Zamri.
Zamri hanya tersenyum mempersila kan Maya. Saat Maya ingin duduk, dia terpandang seseorang yang sangat dia kenal duduk di belakang Zamri. Fareez yang berada di tempat duduk belakang hanya mengenyitkan mata ke arah Maya. Maya terpaku seketika.
"hey duduk la, da nak start ni" Zamri menarik tangan Maya supaya duduk. Maya segera duduk dalam rasa yang masih keliru. Dia menoleh ke belakang sekali lagi dan cuba memerhatikan dengan ekor matanya.
"i know i hensem, but can you please dont stare at me like that." Zamri merenung Maya yang sedari tadi seperti melihat ke arah nya.
"tolong jangan perasan ye. I tengok Qist, nak make sure dia ok kat hujung tu. Da la cerita da start tengok je la." Maya mengubah topik.
Maya tidak dapat fokus dengan cerita kartun yang menarik di depan. Hati nye tak keruan. Sekejap-sekejap dia akan menoleh ke belakang untuk mendapat kan kepastian.
Fareez yang dari awal memerhatikan Maya hanya tersenyum sendiri. Dia seolah-olah mendapat semangat baru. Maya tidak berusaha melari kan diri bila ternampak dia adalah petanda yang baik. Dia cuma perlu merancang untuk lebih dekat lagi. Sampai cerita wayang habis, Fareez masih memerhatikan Maya. Sesekali bila Maya menoleh, dia akan berpura-pura menonton wayang.
Sewaktu lampu hall terbuka, Maya masih duduk mengelamun.
"Adi, jom bangun, nak keluar ni." Hadi yang sudah berdiri cuba untuk keluar.
"eh. Abang yang belanja kitorang punya kenduri poo corn ni kan? Tengok cerita sama ke kita." Hadi ternampak Fareez yang berdiri untuk keluar.
"herm ya. Kebetulan sama. Gerak dulu." Fareez bingkas bangun meninggalkan ruang panggung.
Maya segera bangun memerhatikan Fareez berlalu pergi sambil berjalan keluar.
"wei betul ke abang tadi tu yang belanja semua ni." tanya Qistina.
"betul la. Masa tengah beratur tu, i memang perasan muka dia, sebab dia toleh belakang. Baju pun sama kan." kata Hadi. "ok la, i nak pi toilet sat. You guys tunggu sini ok."
"ya i pun nak pi toilet." Maya bersuara.
"camtu nanti jumpa kat sini balik la." Qistina menarik lengan Maya untuk segera ke tandas.
Selesai melepas kan hajat, sekali lagi Hadi bertembung dengan Fareez di tempat cuci tangan.
"Terima kasih bang belanja kitorang tadi. Saya Hadi." hadi menghulur kan salam perkenalan selepas mengeringkan tangan nya.
"Fareez." Fareez menyambut salam. "Small matter la. Abang rindu adik-adik kat kampung, tu la belanja awak semua. Teringat dekat diorang."
"abang minat yang mana satu. Yang feminin ke, yang sombong tu." Zamri mencelah sambil membasuh tangan.
Fareez hanya tersenyum memandang Zamri.
"eh jom la, abang kita sembang kat luar." Hadi cuba menenang kan keadaan yang tegang.
Maya yang baru sudah menjawab panggilan telefon segera mendapatkan Qistina yang menunggu, dengan 3 lelaki. Maya berteka teki di dalam hati. 'kawan Qistina sepatut nya dua je, siapa sorang lagi?'.
"Ha Adi, ni abang Fareez, yang belanja kita popcorn dan macam-macam tu." Hadi memperkenalkan Fareez kepada Maya. Fareez mengangkat tangan tanda perkenalan.
"Hai. Terima kasih belanja kitorang tadi." Maya memandang Fareez.
"Ok, apa kata kita lepak mamak, minum-minum dulu. Esok kan cuti."
"OK." Qistina dengan pantas memberi persetujuan.
"i ikut je." Maya memberi persetujuan.
"abang jom la sekali, kitorang pulak belanja abang." Hadi berseloroh.
"sure, why not." Fareez juga bersetuju.
"kalau macam tu kita jumpa kat kapitan kat luar tu la." Hadi memberi cadangan.
"OK" semua menjawab serenttak sebelum berpecah ke kereta masing-masing.
"wei Hadi, asal ko ajak bro tu haa?" Zamri tak puas hati dengan Hadi.
"ko kenapa? Ko takut dia tackle Adi ke? Kalau betul pun kenapa? "
"ish ye la, aku tak sempat lagi nak bunga-bunga dengan si Adi tu tau, da ada yang nak masuk line." Zamri mengomen.
"eh awek ko nak letak mana pulak kan. Play boy la ko ni." Hadi berlalu pantas meninggalkan Zamri di belakang.
Maya dan Qistina paling awal sampai di kapitan. Mereka mencari tempat yang sesuai untuk melepak. Hadi dan zamri sampai kemudian.
" abng Fareez tu tak sampai lagi ke? " tanya Hadi.
"tadi kitorang sampai, tak nampak pulak dia kat mana-mana." jawab Qistina
Zamri mengambil tempat duduk di tepi Maya.
"dari tadi duk tengok handphone je, baik tak yah lepak macam ni." Zamri mengomel kepada Maya yang sedari tadi menatap skrin telefon.
"do you have problem with that?" Maya menatap tajam ke arah zamri. Zamri serba salah, melarikan pandangan nye ke luar jalan.
"haa tu brother tadi tu. Wow BMW. Kaya nye." zamri menunjuk Fareez yang memandu BMW berlalu mencari parking. Zamri cuba melihat reaksi Maya dengan kata-kata nye. Tetapi Maya seperti tidak ambil peduli.
"hai. Sorry abang lambat. Tak biasa lagi dengan jalan kat sini." fareez tersenyum minta maaf pada semua. Dia mengambil tempat di depan Maya, dan sebelah Zamri.
"takpe bang, kitorang pun tak order ape lagi ni. Ane, order." Hadi memanggil pelayan untuk membuat order.
"hai adik manis. Lama takdak mari. Mau minum apa, makan apa, macam biasa ke?" pelayan bertanya kepada Maya.
"amboi hang, adik manis je ke nampak. Kitorang yang lain ni tunggul ke?" Zamri sedikit panas, bila semua lelaki tertumpu kepada Maya.
"ayo abang, jangan marah. Ini adik regular customer juga. Sudah sebulan lebih tara mai."
Maya dan Fareez tersenyum sendiri.
"eh, dah dah. Cepat order. Nanti lambat plak siap.
"teo ais limau satu" Maya dan Fareez bercakap serentak. Lalu tergelak kecil bersama.
Usai pelayan berlalu, Hadi membuka bicara menaikkan mood suasana yang tiba-tiba sunyi.
"abang kerja apa bang. Cantik kereta abang." tanya Hadi kepada Fareez.
"berapa sebulan bang kereta tu?" tambah zamri.
"Abang arkitek, da lama keje. Kumpul-kumpul duit boleh la nak beli kereta idaman. Abang base dekat KL tapi ada projek kat sini. Da sebulan da abang kat Penang ni. Korang semua ni keje ape?"
"keje kilang je bang. Saya QA, Qist procurement sama kilang dengan saya." balas hadi.
"saya Engineer dekat kilang juga" zamri mencelah.
"Adi sya tak tau. Saya pun baru kenal dia malam ni" sambung hadi menjawab bagi pihak Adi yang sedari tadi leka dengan handphone.
Hampir setengah jam melepak dan berbual-bual. Adi memandang Qistina, membuat isyarat untuk pulang.
"jom pi karaoke nak. Ada masa lagi ni" Hadi bersuara.
"ya my friends will come shortly. Nak pegi karaoke" Zamri menambah.
"ok je" Qistina bersuara.
"ala Qist, i nak balik. I ada benda nak kena siapkan untuk appointment esok." Adi merayu.
"abang jom karaoke bang." Hadi mempelawa Fareez.
"well you guys pergi la, abang tak berapa minat karaoke. Lagi pun da tua-tua ni tak larat nak berjaga lewat. Adi if you dont mind i can send you home." Fareez memandang Adi.
"i pun boleh hantar kan you balik." Zamri mencelah.
"hang jangan nak mengarut zam, sat lagi awek hang mai kan." Hadi menepuk bahu zamri.
"takpe ke abang hantar Adi? Tak susah kan abng ke?" Qistina bertanya.
"nak susah apenye. Abang memang nak balik, rumah dekat-dekat sini jugak kan. No hal la. Better than take a grab kan. Abang pi toilet sekejap." Fareez bangun untuk ke toilet dan membuat pembayaran di kaunter.
"ok tak Adi ko balik dengan abng Fareez. Kalau tak jom la karaoke, sekejap je. 30 minit, lama da tak karok ni." Qistina memujuk Adi.
Fareez kembali ke meja. "So macam mana, nak tumpang abang tak?" Fareez memandang Maya.
Maya serba salah. "ok i get going first. Abang tolong hantar ye." akhir nye Maya memberi kata putus.
"ok jom. Gerak dulu. Jangan balik lewat sangat, anak dara tak elok balik lewat-lewat." Fareez memberi nasihat kepada Qistina. Fareez bersalam dengan Hadi dan zamri sebelum berlalu pergi.
Maya bangun mengikuti Fareez untuk ke kereta.
"nanti sampai rumah call tau Adi" Qistina menhantar Adi dengan pandangan.
Sampai di kereta Fareez membuka kan pintu mempersila kan Maya. Maya masuk dan duduk seperti patung. Fareez segera masuk dan start enjin kereta. Sebelum sempat bergerak Fareez memandang Maya. "pakai seatbelt sayang"
Maya terkejut dengan ucapan Fareez. Sedikit kaget, Maya segera mengenakan tali pinggang keledar.
Keluar ke jalan besar Fareez memulakan bicara.
"Maya duduk kat mana?"
"E-park condo."
"owh really? Sama la. Abang pun stay situ, satu jalan la kan." suasana kembali senyap.
"Maya, abang nak tanya sesuatu boleh?"
"apa dia?"
"Maya da..." teragak-agak Fareez nak bertanya.
"da apa?.." sergah Maya.
"Maya da kawin ke belum?" dengan pantas Fareez menghabis kan soalan nye selepas terkejut di sergah Maya.
Maya sedikit tercuit dengan kegugupan Fareez.
"kenapa?" soal Maya kembali.
"Kalau belum, abang ada peluang la kan?"
"belum kawin, tapi belum tentu ada peluang."
"are you happy with your life now?
" is that really matter to you? "
" Maya, abang masih sayang kan Maya. " Fareez mencapai tangan Maya dan menggenggam nye. Maya segera melepas kan genggaman Fareez.
" Past is past. Usah dikenang benda yang da lepas. Move on la reez. "
" abang tak leh move on selagi tak tengok Maya bahagia. "
"who said i am not happy?" hati Maya keliru antara sedih, geram, benci dan rindu. Dalam lubuk yang paling dalam, dia sangat-sangat merindui Fareez walaupun setelah apa yang terjadi.
"ok i want to start over. "
"what you mean?"
"Nama saya Faree Indrawan, boleh panggil Reez. Nama awak apa?"
"what are you trying to play?"
"abang tak boleh nak ubah masa lalu, abang tak boleh padam kenangan pahit tu. Sebab kenangan manis dengan Maya tu lebih banyak, cinta abang pada Maya terlalu dalam. abang da berubah Maya, Abang cuma perlu kan Maya untuk lengkap kan hidup abang. I know it is not easy for you to forgive me, tapi kalau ada cara untuk dapat kan Maya balik, i will try my best."
"then, good luck"
"is that a yes"
"no"
"then"
"up to you la."
Fareez memandang Maya dengan ekor mata nye. Tampak wajah tanpa perasaan.
"are you still mad at me, you doesn't look happy with your life?"
Maya menarik nafas dalam-dalam. "i dont think it's important now."
"it is important to me. Looked, i nak tengok you bahagia Maya, dengan i atau pun orang lain" perlahan suara Fareez menyebut orang lain. "kalau bukan dengan i pun bagi i peluang untuk jadi sahabat di sisi you. I tau, i da semakin tua, da tak sesuai dengan perwatakan you sekarang."
Maya tergelak dengan ungkapan Fareez. Lega Fareez melihat Maya ketawa.
"amboi kemain dia gelak kan orang tua ni ye."
"sorry" Maya masih berusaha menghentikan gelak nya.
"well tuan puteri. Kita da sampai. " Fareez mematikan enjin kereta dan keluar membuka pintu untuk Maya, sebelum sempat Maya membuka nye. "silakan tuan Puteri." lagak Fareez seperti seorang pemandu.
"thank you." Maya merendahkan diri nye seperti puteri bangsawan.
Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. "tingkat berapa tuan Puteri? "
"22." belum sempat Maya menekan butang lif, Fareez telah menekan terlebih dahulu.
"tuan puteri. Sudi kah tuan puteri makan tengah hari dengan patik esok."
Maya tergelak kecil. "maaf tuan hamba. Beta ada date esok." Maya masih tersenyum memainkan watak.
"owh da ada date,ok" air muka Fareez terus berubah. Fareez terus senyap seribu bahasa.
Maya rasa serba salah. "i ada appointment esok. Jom la teman i, itu pun kalau you sudi. By lunch hour should be finish, boleh lunch sekali." Maya cuba memujuk. Dia sendiri tak pasti kenapa dia harus memujuk Fareez. Adakah masih ada perasaan cinta pada Fareez? Bila Fareez rerus membisu, Maya pun hanya membatu kan diri sehingga pintu lif di buka.
Fareez dan Maya beriringan keluar lif. "Reez duduk tingkat berapa?" Maya cuba menghidupkan suasana, tapi tidak dibalas. Sampai di depan pintu, Maya terhenti dan memandang Fareez. "Reez nak teman Maya tak esok?" Maya memerhatikan mata Reez menunggu jawapan. Agak lama Fareez hanya diam membisu memandang ke lantai. "ok. Thanks for the ride. Good night" Maya berpaling membuka pintu rumah.
"what time?" tiba-tiba Fareez bersuara kembali. Matanya memandang tepat ke arah Maya dengan pandangan celaru.
"pukul 9.30pagi."
"i call you tomorrow." Fareez terus berpaling untuk gerak. Maya terus menutup pintu. Sedikit terasa hati dengan kelakuan Fareez.
'argh, aku takde masa la nak fikir semua ni. Banyak benda nak kena siapkan untuk esok.' Hati Maya jadi celaru. Keliru, kecewa dan rindu. Walaupun tangan pantas menyiapkan sample goodie bag untuk esok, tapi fikiran Maya terus teringat pada Fareez.
Tiba-tiba telephon Maya berbunyi, satu notifikasi masuk.
' don't forget tomorrow. Don't be late.' - Hariz
'Baik Boss' - Adi.
Maya mengemaskan semua barang-barang yang telah siap dan bersedia untuk tidur. Telefon Maya berbunyi kembali.
"Adi, ko sampai rumah tak lagi" kedengaran suara Qistina kerisauan.
"da lama sampai, nak tidur da haaa."
"haish u ni. Risau i tau tak, ingat apa-apa da jadi kat you."
"Sorry lupa nak inform you. Anyway abang Reez tu duduk apartment kita juga, so memang sejalan la."
"La ye ke. Ok la, i baru nak gerk balik ni."
"ok drive carefully. I nak tidur da ni. Good night"