Thursday, May 18, 2023

Suratan Terindah (part 18)

                                    (18)

           Maya membawa bungkusan makanan ke ruang tamu dan meletak kan di atas meja. Maya memerhati sekeliling mencari suis television. Susun atur moden dan simpel tidak menyukar kan Maya untuk membuka television. Maya mengambil tempat di sofa menikmati burger sambil menonton drama di kaca tv. Usai makan, Maya mengemas dan memati kan tv. Maya terasa kosong dan sunyi.
Maya mengambil bag dan melangkah ke tingkat atas. Sewaktu dia mendongak memandang ke atas, dia tergamam. matanye terpaku melihat gambar yang mirip diri nya sewaktu remaja tersergam di dinding tangga. Maya teruskan langkah ke tingkat atas, membuka pintu setiap bilik untuk melihat. Dua bilik agak kosong, sekadar katil dengan tilam yang masihh berbalut plastik tanpa cadar, satu bilik kerja dipenuhi pelbagai buku dan pingat. Maya melangkah ke bilik utama yang lebih lengkap dan kemas. Maya duduk di birai katil mengambil bingkai gambar yang terletak di meja sisi katil. Gambar pertama adalah gambar Maya dan Fareez waktu mereka masih bercinta. Bingkai kedua pula gambar candid Maya zaman sekolah tetapi tajam memandang sesiapa sahaja yang melihat.
             "Is he crazy or obses? Tapi tak nampak merbahaya pun" 
             Di meja sisi sebelah juga terdapat gambar Maya yang lain. Maya teringat sesuatu bangkit dan berari menuju ke bilik kerja Fareez. Di sebelah dinding penuh gambar Maya yang disusun seperti hiasan gambar. Gambar tersenyum, gambar rajuk, gambar ceria, kesemua gambar sejak dari zaman sekolah. Maya tergamam tak tahu ape yang harus di fikir. Maya duduk di kerusi, frame gambar di atas meja juga gambar dia, juga terdapat sekeping gambar candid dia di genting yang tidak berbingkai di atas meja. Maya cuba menggeledah laci meja, rak buku, serta kotak-kotak yang ada mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. 
               Di rak tingkat atas terdapat sebuah kotak klasik sederhana besar. Maya mengambil nye turun tetapi kotak tersebut berkunci menggunakan nombor pin empat angka. Maya mencuba menggunakan tarikh lahir Fareez, namun tak berjaya. Maya meletak pula tarikh lahir  nya lantas berjaya membuka.
              "Patut ke aku buka ni? Apa yang kau cuba cari sebenarnya ni."
              Maya membuka kotak perlahan-lahan. Terdapat barang pemberian maya waktu sekolah tersimpan rapi, gambar-gambar, surat-surat cinta yang Maya pernah tulis. di satu sudut kotak, ada 1 kotak baldu bewarna merah, di bawah nye sekeping surat yang agak tebal. Surat tu tidk kelihatan seperti surat Maya. Dihadapan surat tu tertulis "To My Love".
              Maya membuka kotak baldu, terdapat sebentuk cicin berlian. Maya rasa seperti pernah melihat cicin tu, tapi tidk pasti di mana. Maya membuka surat yang tersimpan rapi itu.
              "To my love Maya. Abang...."
              Baru sahaja Maya nak memulakan pembacaan terdengar bunyi telefon nya dari bilik utama. Maya segera menyimpan semua barang-barang didalam kotak dan mengunci kembali, serta meletak kan nya di rak seperti keadaan asal. tetapi surat yang baru di buka di pegang kemas, lantas berlari menuju ke bilik utama untuk mengambil telefon.
               "Hai Sayang." Terdengar suara Fareez di hujung talian. Maya melepaskan lelah sebelum mula berbicara.
               "Hai. Da sampai ke?"
               "Yup, da. Tengah rehat sekejap."
               "Macam mana Dato, dengan Datin, sihat ke?" 
               "Dato? Datin?" Fareez berkecil hati dengan panggilan Maya terhadap mama dan ayah nye.
               "Maksud Maya, ayah dan mak Reez."
               "Dulu kan panggil Mama, Uncle. Kenapa sekarang Dato Datin?"
               "Tu yang sepatut nye kan. I should respect them as what it should be. Takkan i nak panggil mama, nanti ape kata wife you."" Speaking of that, macam mana rupa wife Reez tu?"
              Fareez hanya berdiam masih terguris dengan panggilan Maya terhadap mamanye yang membuatkan dia berasa jauh.
              "Muka dia sama dengan Maya ke? Maya tengok banyak gambar dia dekat rumah ni. Mana dia sekarang. Teringin Maya nak jumpa orang yang muka sama dengan Maya."
               "I never married. It's all your photo." Fareez lantas meletakkan telefon.
               "Reez. Hello. Reez."
               "Alahai. Marah ke dia ni, ke merajuk je. Nak call balik ke tak. Buatnye dia marah, dia tak nak ambik aku esok. Cam mana aku nak balik Penang ni."
             Maya cuba menelefon kembali, tapi tidak berangkat. Maya menghantar whatsapp pula.
            'sorry kalau Maya salah cakap.' - Maya
            Whatsapp juga tidak dibalas atau dibaca.
            Maya menghempaskan badan nya ke tilam. Maya teringat surat yang diambil sebentar tadi.
            "Takpe kan Maya baca, lagipun surat ni untuk Maya kan. And my name is Maya." Maya tergelak kecil lantas membuka surat itu kembali.
 
To My Love, Maya.
Abang tak tau macam mana nak mula kan. I love you Maya. I love you so much. But i have to tell you this, before we start a new chapter. Sebelum tu, Maya kena tahu abang tak boleh hidup tanpa Maya. Abang tak mampu kehilangan Maya.
Maya,
Abang tersalah langkah. Abang lalai sampai diperangkap, terperangkap dan abang buntu macam mana nak betul kan semua nya. Kalau Maya tau semua nye mesti Maya akan marah dan benci abang. Abang faham kalau Maya marah dan benci, tapi abang tak boleh kalau Maya tinggal kan abang. Abang penting kan diri, tapi Maya je yang boleh buat abang tenang dan waras.
Maya,
Abang berdosa, abang terlanjur. Pertama kali, abang di perangkap, kemudian abang diugut. Semua ni perancangan Rita untuk pisah kan kita. Gambar kecurangan abang yang Maya terima semua nye betul tapi abang tak berani nak berterus terang saat tu. Abang terlampau takut kehilangan Maya sampai biarkan diri hanyut bergelumang dosa. Abang cintakan Maya, sayangkan Maya sangat-sangat. Tapi abang tak sanggup terus-terusan menipu Maya dibayangi dosa. 
Maya,
Abang cuma harap, Maya masih terima abang walau abang da tak suci. Ia terdengar pentingkan diri tapi itu lah yang abang harapkan. Abang tak tau macam mana nak sampaikan, abang tak tau kenapa perlu abang terangkan sedangkan abang pasti abang bakal kehilangan sayang dengan semua pengakuan ni.
Abang cuma mampu berdoa Maya akan maafkan abang dan terima abang. Abang da tak sanggup terus-terusan diugut rita dan hidup melakukan dosa. Abang nqk hidup dengan Maya tanpa dibayangi dosa lampau.
Abang tak kisah apa kisah Maya baik atau pun buruk, abang akan terima tapi ini lah kish abang.
Yang ikhlas mencintaimu, dan mengharap secebis kemaafan.
Fareez Indrawan
           
           Maya melihat tarikh surat itu. Beberapa hari sebelum tarikh ulang tahun mereka yang juga menjadi tarikh perpisahan Maya dan Fareez.
            "Dia nak berterus terang tapi, kenapa dia tak admit je bila aku tanya dulu? Takut ke. Patut ke aku tanya minta penjelasan. Did i not forgive him yet?" "Boleh ke aku lupa kan apa yang dia da buat? Aku marah ke, kecewa atau jijik? But i still have feeling to him. Maya cuma nak abang jujur je. Tapi sekarang Maya da tau. Maya tak marah, Maya rasa tenang, walau bukn dari mulut abang yang berbicara."
             Maya melipat kembali surat dan simpan di dalam bag. Maya merebah kan diri dan mengambil posisi untuk tidur. Sempat Maya menghantar whatsapp sebelum melelap kan mata.
             'Good night, i miss you' -Maya
             
             
               

No comments:

Post a Comment