Sunday, March 5, 2023

Suratan Terindah (part 15)

                                   (15)

            Selesai solat Maghrib, Maya bersiap-siap. 
            "Ish macam beria sangat pulak nak pakai skirt ni,tapi cantik" Maya berpusing-pusing di hadapan cermin. "Macam tak adil pulak pakai baju yang Reez beli untuk orang lain." Maya menukar skirt dengan skinny jeans dan blous satin putih nipis, kembang da labuh di bahagian sisi dan belakang
           "Ok, tak nampak beria sangat. Tapi Harris nak bawa aku pegi mana er. Sesuai tak agak nye ni." 
            Hand phone Maya berbunyi.
            'are you ready? I  reach down here.'- Harris
            "Alamak, da sampai la pulak. Tak sempat da la nak tukar. Hope sesuai la kan." 
            ' coming down.' - Adi
            Maya bergegas mengunci pintu dan turun. Maya mengenakan kasut tumit tinggi membuatkan penampilannya yang simple nampak elegan.
             Saat pintu lift terbuka Harris sudah menunggu Maya dengan sejambak bunga di tangan. Harris kelihatan segak berseluar jeans, t-shirt putih dan blezzer biru cair.
             "For you." Harris menghulurkan jmbangan ros merah kepada Maya.
             "Thank you. Susah-susah je."
             "Tak susah pun kalau untuk you. Shall we." 
            "Jom. Eh jap. Kita ke mana ye, pakaian i sesuai kan."
           "Sesuai je. Cantik. Sorry tak puji tadi "
           "Eh bukan macam tu. Tengok you punya dress up handsome sangat, takut la i malu kan you pulak nanti."
            "Takde nye. Takde siapa nak cakap macam tu kat you pun. Pakai seatbelt ye."
           Lebih setengah jam, kereta menyusur ke laluan yang agak gelap seperti kawasan persendirian. Ada banyak kereta yang parking tetapi suasan aagak sunyi. Di kejauhan ternampak cahaya lampu dari celahan bangunan kayu.
             "Tempat ape ni?"
             "Rahsia. Dah jom. Eh sekejap, you kena tutup mata dulu." Harris menghulurkan kain kepada Maya.
             "Haa nak kena tutup ke. Tempat ni da cukup gelap kot. I tutup pakai tangan je la."
             "Tak boleh nanti you tipu, tak surprise la. You takut i makan ye ke?" Harris tergelak kecil.
             "Bukan, nanti i nak jalan macam mana tak nampak."
             "I tunjuk arah la. You tak percaya i ke?"
             Harris mengambil kain di tangan Maya mengikat di mata Maya.
             "Trust me ok." Selesai menutup mata Maya, Harris membuka tali pinggang keledar Maya dan melepaskan perlahan. Saat dia berada dekat dengan Maya, haruman Maya membuatnye hayal. Harris melihat bibir Maya yang merah dan pipi Maya yang mulus. Terasa ingin menyentuh tapi terkejut dengan gerakan Maya.
             "Harris,lambat lagi ke. Are you leaving me here. Jangan la tinggal i sensorang, i takut ni." Terdengar suara Harris tergelak.
             " Sekejap, i baru nak keluar ni."
             Harris membuk pintu untuk Maya.
            "Jom." Harris meraih tangan Maya. sepantas kilat Maya menarik kembali tangan nye.
            "Is that you Harris? I tak nampak la" Maya cuba membuka ikatan kain di mata nye.
           "Eh jangan la buka, tak suprise la nanti. Please kesian la i da plan semua ni. Let me hold you ok." Maya menggapai tangan cuba mencari tangan Harris.
            "Ok." Harri memimpin tangan Maya menuju ke tepi pantai.
           "Kita kat pantai ke"
           "Mana you tau. You nampak ke."
           "Tak, i bau laut. And kasut i tenggelam kot ni." 
           Harris melihat ke arah kaki Maya. Hampir separuh bahagian tumit tinggi tenggelam dalam pasir. Haris tergelak lagi.
            "Sorry, sorry. Lupa you pkai kasut tinggi. Camne ni, you nak i angkat ke. Nak sampai da kat depan tu je."
           "Takpe, i jalan sendiri." Harris dan Maya masih berjalan beriringan untuk seketika.
           "Ok we are here. Let me open for you first". Harris membuka kan ikatan kain yang menutupi mata Maya. Maya tergamam melihat apa di depan mata nye.
           "Awwwhh, Harris. Cantik nye. You buat semua ni ke. Over tau. Now i rasa bersalah pulak."
           "Eh kenapa nak rasa bersalah pula?"
           "Ye la. I've done nothing, and you prepare all this."
           "Sape kata you done nothing. You agree for the date tu pun da something tau. So kalau you rasa bersalah apa kata you enjoy and follow je ape yang da di plan."
           "Ok. Let sit."
           Saat duduk ada pelayan menghantar kan makanan dan minuman. Makan di pantai, tapi layanan seperti restoran 5 bintang. Saat  pencuci mulut dihidang kan, ada sekumpulan pemuzik mendedangkan lagu cinta khas untuk Maya dan Harris. Suasana bertukar romantik, menikmati pencuci mulut berasaskan coklat diiringin melodi indah. Harris bangun menghampiri Maya. Harris menghulur tangan ke arah Maya. Maya sedikit kaget menanti tindakan Harris selanjut nya.
             "Dance with me?"
             "Haa.?" Maya sedikit bingung dan lega. Atas dasar tidak mahu memalukan Harris di hadapan semua, Maya menyambut pelawaan Harris. Maya bangun dan berdiri di depan Harris dan membengkok kan kaki tanda ucapan terima kasih atas pelawaan nye persis seorang puteri dihadapan putera nye.
             "Tapi i tak reti menari."
             "Follow me." 
             Harris mengangkat sebelah tangan Maya, sebelah lagi tangan nya di paut ke pinggang Maya, menari ala ballroom. Manya mengikut gerak langkah Harris sambil mengekalkan jarak antara mereka. Masing-masing hanya tersenyum dan gembira mengikut rentak. Iringan lagu bertukar perlahan. Harris meletakkan kedua-dua tangan Maya di atas bahu nya, manakala kedua-dua tangan nye dipinggang Maya.
             Maya sedikit kurang selesa, memerhatikan tangan Harris, saat matanye memandang ke atas, mata Harris redup memandang tepat ke matanya. Dengan gerak kaki yang masih mengikut irama, tangan Harris semakin menarik rapat tubuh Maya ke arah nya. Maya segera menepuk dada Harris, membangkit kan dia ke alam nyata.
            "I nak pergi toilet la, banyak sangat minum air tadi. Lepas tu exercise pulak." Maya cuba membuang rasa canggung. 
            "Owh ok. I teman kan."
            "Takpe i pergi sendiri. You tunggu sini, nanti ada orang lain duduk pulak." Maya segera bergegas, mendapatkan pelayan dan bertanya arah toilet.
            Maya memandang tepat ke arah cermin. 'Apa yang dia cuba buat ni ha? Takkan dia suka aku kot. Kalau tak suka kenapa ajak dating, nak test prop and tempat baru kot. Ish kalau dia suka aku macam mana, aku suka dia ke? Bila dia da in character tu menakutkan juga. kalau betul dia suka aku, macam mana aku nk tolak? Kenapa aku nak tolak, aku kan single. Tapi tak, aku tak suka dia, ku tak boleh bagi harapan palsu.' Maya memandang tepat ke arah cermin, dengan wajah percaya diri, di merapikan penampilan nya.
           Saat Maya kembali ke meja Harris masih duduk melayan muzik yang di main kan.
           "Hei pandai you pilih tempat ni dengan siap main muzik live lagi. Boleh buat promosi ni untuk pakej orang yang nak sweet-sweet haneymoon kan."
           "Yup i pun rasa macam tu. Sebab tu i bawa you dulu..."
           Maya segera memintas ayat Harris.
           "Haa da agak da, mesti you nak test tempat yang ada potensi untuk business you kan. Nyaris-nyaris i nak terpikat tau. Nasib baik, kalau tak malu i." Maya tergelak.
          "Adi..."
          "Jom kita jalan kat pantai pulak." Maya bingkas bangun.
          "Thanks guys, best you all main." Maya menghampiri pemain alat- alat muzik itu.
          Harris juga bingkas bangun dan bersalaman dengan semua pemuzik yang ada. Maya berlalu membiarkan Harris berbual dengan pemuzik seketika. 
          Maya berjalan menyusur pantai sambil menjinjing kasut berjalan membelakang kan Harris. Usai membayar upah kepada pemuzik, Harris segera mengejar Maya. Harris mengambil kasut di tangan Maya. Maya agak terkejut tapi tetap membiarkan kasut nya di pegang Harris.
          "Seronok tengok pantai ni kan."
          "You suka pantai? Hari-hari i boleh bawa you datang sini kalau nak."
          "Eh takde la sampai macam tu. You tak suka pantai ke Harris?"
          "Suka. That's why i bawa you datang sini, dengar bunyi ombak, mendamaikan."
          "Herm, tak pernah berubah kan."
          "Haa berubah? I ke?"
          "I mean pantai la. You tengok walau apa pun jadi dekat laut, ombak tak pernah lupa menghempas pantai, walau tercemar macam mana sekali pun pantai tu, ombak tetap menemani. Pantai tetap terima ombak."
          " Herm jiwa-jiwa juga you ni. Can i ask, kenapa you takde boyfriend?"
          "Siapa kata i takde boyfriend? Ramai je boyfriend i. Including you."
          "I mean special one."
          "Owh. Takde yang nak. Nak buat macam mana."
          " Takde yang nak atau you yang jual mahal sangat?"
          "Jual mahal ape nye. Muka biasa-biasa je, make up tak reti. Bergaya pun tak, siapa yang nak. Kalau ada pun kesian la orang yang dapat i tu."
           "Ada je yang nak, you je yang tak nak melihat, tak nk beri peluang pada diri you. Tapi lagi kesian dekat orang yang nak dekat you, tapi you tak beri peluang."
            "Haha ade ke yang nak i yang sememeh ni, mana, mana?" Maya memandang ke kiri dan kanan.
            Harris berdiri di depan Maya, membiarakan ombak menghempas kaki nye. "I."
           Maya terkedu dengan pengakuan Harris.
           "I suka you Adi. I..."
           "Harris, please dont." Maya memintas kata-kata Harris. "I really appreciate when i have friends like you yang caring, bagi i job, concern pasal i. I sayangkan relationship kita. But to go further i tak tau ada harapan ke tak? I tak layak untuk you"
           "You masih tak boleh lupa boyfriend you yang hari tu?"
           "Boyfriend, who?"
           "U da terlanjur dengan dia pun i tak kisah, i boleh terima."
           "Wait a minute, ape you merepek ni. you mean lelaki yang datang kat parking hari tu ke? Ape yang dia cerita dekat you er. He is not my boyfriends, but i akui he's my mistake."
            "Jadi betul la you da terlanjur?"
            Maya tergelak besar.
            "Adi, kenapa you gelak, kelakar ke soalan i?"
            "Harris, kenapa you ni. You are not yourself. Habis tu kalau i da terlanjur, u still nak i? Nak jadi pak snaggup or sebab kesian?"
            "No, i nak you sebab i sayang kan you. I cuma nak you tau, i tak kisah masa silam you."
            "Harris, you baik sangat. To be honest, i tak pernah terlanjur lagi. Mamat yang hari tu, skandal i satu masa dulu, dia da ada girlfriend then hadir dalam hidup i, buat cerita sedih buat i tersayang kat dia, janji bulan bintang. End up karma balik kat i, dia bertunang juga dengan girlfriends dia tu tinggal kan i. I lost, nangis berhari-hari. Salah i berumah di tepi pantai, da dilambung ombak terkapai-kapai la kan."
             "Jahat nye. Tak cukup satu."
             "My mistake. I know he will choose her, and i thought i can change his mind. Ntah la i pun tak tau kemaruk ape time tu. So i'm still in healing process. Tak adil kalau i terima you sedangkan hati i masih sakit dengan lelaki."
            "Tak semua lelaki macam tu. Bagi peluang untuk diri you kenal lelaki yang ikhlas nak you. Mungkin lebih senang you nak lupa dia."
            "Lupa kan dia? I da lama lupa kan dia pun, cuma it take time for me untuk mencintai semula. Sebab kisah-kisah cinta i tak pernah berakhir dengan baik, so i tak nak you jadi salah satu dari kisah cinta tu. Sebab bagi i, you macam angel dalam hidup i. Nanti i kena pnaah petir kalau sakitkan angel." Maya tergelak sendiri.
             "Adi, you ni tak pernah serius la."
             "Bila serius, i disakiti. Sakit Harris. Biar la i tak serius, tersakiti pun tak dalam."
             "Bagi i peluang untuk ubati luka you."
             "Then hilang seorang kawan bila you gagal? Then who going to acompany me, lepak2 minum kopi kat starbuck di hari tua i nanti?"
             "If you with me, shure i will acompany you."
             "You tak faham Harris." Maya berpaling berjalan ke arah batang kayu yang tumbang. Maya duduk di atas kayu dn memandang jauh kegelapan laut.
              Harris mengambil tempat di sebelah Maya.
             "You pernah bercinta tak Harris?"
             "Pernah."
             "Ape jadi?"
             "Dia tinggalkan i, ada lelaki lain yang lagi kaya." 
             "Did you still friends with her till now?"
             "Nop, tak mungkin la lepas apa yang dia da buat."
             "Ujian orang bercinta ni lain, berbanding berkawan, sebab perasaan yang kita bawa tu berbeza. Kita tak kan tau ape ujian kita nanti. Bila gagal bercinta kita tak mungkin akan berkawan da. I masih sayangkan you sebagai kawan, i belum bersedia untuk hilang you. Tapi untuk terima you sebagai kekasih, kebarangkalian untuk gagal tu tinggi buat masa sekarang, bukan sebab you, tapi sebab i. You sendiri nampk kan, hidup i yang kucar kacir, dengan skandal duk cari la. Tu belum lagi tunang dia datang serang pulak. I tak tau you akan faham ke tak. Mungkin you akan benci i lepas ni, tapi i really appreciate your effort tonight. I like your style, berani, romantik. Rasa macam di awang-awangan, love sangat. Let time decide where we will be. Boleh? Mungkin akan ada jodoh antara kita, or mungkin i will be your wedding planner ke kan. Tapi kalau lepas ni you kecewa tak nak jumpa i, i kena redha la kan. Sebab kalau i terima pun i akan kecewa kan you." Maya menoleh ke arah Harris, mata nye terpejam. Maya mengibas-ngibas kan tangan di depan mata Harris, tetapi tiada reaksi.
          "Haihh...panjang lebar i membebel, tidur rupa nye. If you asking me at the right time, I am the happiest person to say yes. I am sorry, better to hurt you now than later." Maya memejam kan mata mencari kedamiaan hati untuk seketika.
          Harris yang berpura-pura tidur, hanya mendengar luahan hati Maya. Dia akui kebenaran kata-kata Maya. Lebih baik pelihara apa yang kita ada daripada kita hilang apa yang kita miliki kerana inginkan sesuatu yang belum pasti.
           "Harriss" lembut suara Maya terdengar di telinga Harris. "Harris, bangun la."
           "Ye sayang." Tajam mata Maya memandang Harris yang terpisat-pisat membuka mata. "Astaghfirullahhalazim"" kenapa you pandang macam tu, terkejut i."
           "Jom balik, lewat da ni. Sat lagi i nak pas dekat you barang-barang majlis untuk minggu depan."
          "Awal nye you siap. Minggu depan je la i ambik."
          "Ala, benda da siap, pas je la. Kosong sikit rumah i."
          "Ke you da tak nak jumpa i da." Duga Harris.
          "Why. You da tak nak bagi i job ke?"
          "I untuk you dapatkan job je ke. I can give you money if you need"
         "Bukan macam tu. I ni bukan la pandai sangat bercakap, nak cari topik. Kalau ada kerja tu banyak la sikit benda nak bincang."
         "I faham you perlukan masa, tapi kalau keluar tengok wayang, makan-makan, keluar date boleh kan?"
         "Harris..."
         "Coffee buddies?"
         Maya hanya tersenyum dan mengangguk.
         "Jom, i hantar you balik."
         Dalam perjalanan pulang masing-masing mendiam kan diri tanpa kata.
         "Adi tolong buka compartment depan tu."
         Maya membuka dan ternampak kotak baldu.
         "Take it, its for you." Harris tersenyum mengerling ke arah Maya.
         "Harris, you dont have to."
         "Kalau you anggap i kawan ambik, kalau tak i anggap you terima i sebagai kekasih."
         Maya engambil kotak baldu dna membuka. Seutas rantai tangan silver yang simple dan elegan.
         "Cantik. Cantik sangat, mesti mahal kan. I tak boleh terima la ni. Bukan birthday i pun."
         "Kalau you tak terima hadiah kecil ni, i am more happy because thats mean you terima i la kan."
          "Harris." Suara Maya sedikit geram.
          "Main ugut-ugut er sekarang." Maya merenung ke arah Harris yang fokus pada pemanduan. 
          'bertuah orang yang dapat you Harris. i tak layak untuk you.' pandangan Maya kembali ke kegelapan malam di luar tingkap.
           Kereta menyusur masuk di partment Maya.
           "You tunggu sekejap ye, i pi ambil barang."
           "Takpe jom i tolong sekali, banyak kan."
           "Takpe-takpe, i ada troli. 2 kotak je pun. U tunggu sini, tak payah susah-susah parking."
           "Ok ok."
           Maya melangkah laju menuju ke lif, melepaskan keluhan berat saat pintu lif ditutup.
          "Tak elok mengeluh"
          "Astaghfirullahhalazim, ingat kan takde orang tadi." Maya mengurut dada melihat ke arah Fareez di penjuru belakang lif. "Reez dari mana ni"
          "Parking. Are you ok? How's your date?"
         Maya hanya termenung dan mengeluh lagi.
          Pintu lif terbuka di tingkat 21. 1 tingkat sebelum rumah Maya. Maya memandang Fareez dan pintu lif yang terbuka, tapi tidak nampak seperti fareez akan keluar.
          "Aren't you going out?"
          "Not with your condition. Abang teman Maya sampai depan pintu."
          Maya mengeluh lagi.
          "Kenapa ni, mengeluh je dari tadi. Kena reject ke?" Maya tergelak kecil mendengar pertanyaan Fareez.
          Pintu lif terbuka semula di tingkat 22.
          "Can we go somewhere else? Far from here." Maya bertanya kepada tanpa memandang Fareez.
          "Sure, as you wish."
          Maya melangkah keluar diikuti Fareez.
          "Maya nak hantar barang dulu, ada orang tunggu kat bawah. Then can we go?"
          Mata Maya berkaca menahan tangis memandang Fareez.
          "Ok."
          Maya masuk ke dalam mengemas beberapa baju  ke dlam bag, kemudin dia menolak troli dengan dua kotak besar berisi goodies hello kitty. Saat keluar Fareez masih menuggu di depan pintu.
          "Abang tak balik rumah dulu.?"
          "You not close your door. Abang risau ada orang masuk." Fareez menolong Maya menarik troli keluar pintu. "Nevermind, abang tolong hantar." 
           Di dalam lift Maya masih termenung. Fareez hanya membiarkan Maya termenung. Saat pintu lift terbuka Fareez menolak troli keluar, saat itu baru Maya tersedar dari lamunan. Terlihat Harris berlari ke arah Maya.
           "I nak tolong tadi you tak bagi, now da susah kan orang pulak."
           "Tak susah pun bro, nampka dia dalam lif tadi dengan kotak-kotak, muka pulak nampak penat sangat. Tolong tolak je pun."
           "Terima kasih bro, eh you kawan Adi kan. Kita pernah jumpa kan sebelum ni."
           "Oh ya. Betul-betul time lunch tu." Fareez memandang Maya.
           "Kebetulan duduk satu blok. Ok bro, gerak dulu. Fareez mengangkat tangan dan berlalu pergi."
            "Adi kenapa you tinggalkan box bracelet tu. Is that mean you terima i?"
            "Hah?"
            "Look at your face, terkejut macam nampak hantu."
            Harris mengangkat kotak-kotak dan masukkan ke dalam kereta. 
            "Nanti you bagi i total, i transfer to you ok." Harris mengeluarkan bracelet dari kotak dn memakai kan di tangan Maya. "Keep it, when you accept me, return it and i buy a new one." Harris mencuit hidung Maya yang asyik merenung rantai tangan di pergelangan tangan nye. Maya terkejut dan menjarak kan diri dari Harris.
            "Good night Harris. Thanks for tonight."
            "Most welcome. Cant wait for the next date." 
            Maya hanya tersenyum, mencapai troli yang tidak jauh dari nya 
             "I naik dulu.drive safe."
             Maya berpusing menuju ke lift. Harris menandang Maya berlalu pergi dengan harapan Maya akan berpaling melihat nye, tetapi hampa. Saat pintu lift tertutup, Harris memandu meninggalkan perkarangan apartment Maya.

 
  
       

       

           

No comments:

Post a Comment