Harris merenung gambar Adi di laptop, 1 per satu. Ada gambar yang di ambil curi-curi. Ada yang tersenyum memandang kamera.
"Kalau kau nak sangat bekas aku tu, ambik la." Terngiang-ngiang ayat lelaki semalm di minda Harris.
"Hai En Harris, rindu ke tu. Dari tadi duk tengok gambar Adi. Da macam angau pulak ni, baik luah kan cepat-cepat sebelum melepas." Lia tergelak kecil.
"Ish kamu ni Lia, dia ada boyfriend da kot."
"Macam mana en Harris tau, eh handsom tak boyfriend dia?" Lia menarik kerusi duduk di sebelah Harris ingin bergosip.
"Eh mana la saya tau. Saya agak je. Awak rasa dia ada boyfriend tak?"
"Ala en Harris tanya je la terus dengan dia. Saya tengok dia tu open minded, soalan sensitif ke tak ke, semua dia jawab."
"Cantik kan dia Lia. Agak-agak dia nak tak saya?"
"Kalau en Harris tanya dia sekarang mungkin la ada peluang. Kalau 10 tahun lagi, confirm dia reject, sebab time tu En Harris pun da kerepot. Hahaha" Lia tergelak besar
"Tpi lebih baik tanya, daripada memendam rasa. Gila bayang nanti, risau pulak saya kalau nanti muka saya pun en Harris nampak macam Adi." Tambah Lia.
"Kalau dia reject macam mana?"
"Continue as friends la bunga bukan sekuntum. Ala en Harris ni, tanya pun tak lagi, da mengalah. Tak macho la."
"Eh da la kamu ni, pi sambung buat keje sana."
"Ye lah, ye lah. Saya tinggalkan en Harris berangan ye, saya nk pi rancang majlis hari bahagia en Harris. Kot-kot boleh dapat bonus lebih kan." Lia tergelak sambil beredar meninggalkn Harris.
Harris mencapai telefon dan mencari no Adi, menghantar whatsapp
'Hai Adi, da makan ke'-Harris
'Hai, belum. Tengah setle kan kerje ni sikit lagi'-Adi
'busy sampai tak sempat nk makan ke? Haih kalau boyfriend ajak date ni memanjang kena sidai ke camne agaknye'-Harris
'Hahaha, boyfriend pun takde, keluar date ape tah lagi.'-Adi.
'haa camtu saya la ajak awak keluar date, bagi feeling-feeling ada boyfriend.'-Harris
'haha, ok je tapi bila free la. Hari kerja memang tak la.'-Adi
'ok deal, jumaat malam ok.'- Harris
'ok.'- Adi
'ok la, pergi lah sambung kerje balik. Jangan lupa makan ye. Jumpa nanti💐'-Harris
"Ape yang aku message dia tadi ye? Ahh nanti la aku check blik. Siapkan kerja cepat, lepas tu boleh relax sikit." Gumam Maya.
'Hi sweetheart. Tengah senyum ke tu?'-Fareez
'Skodeng er?'-Maya
'eh mana ada'-Fareez
'habis tu macam mana tau saya tengah senyum?'-Maya
'erm, rindu abang ke?'-Fareez.
'ish, please la. Takde masa tau nak rindu.'-Maya
'see abang tak tau kan, bukan skodeng la kan. Takpe la Maya tak rindu, tapi abang rindu. Tunggu la kot Maya nak message abang, takde rupanye. Abang juga yang kena message dulu'-Fareez
'ngengada la. Ada ape message?'-Maya
'busy ke'-Fareez
'takde la busy, baru setle keje ha, nk rehat sekejap.' -Maya
Telefon Maya berdering tertera nama Fareez. Maya dan Fareez berbual hampir setengah jam bergelak ketawa sebelum berhenti untuk sambung kerja semula.
Petang saat Maya tiba di rumah ada plastik tergantung di pintu grill rumah.
'selalu kalau parcel bukan letak kat security bawah ke' detak hati Maya.
Maya mengambil bungkusan dan membuka, ada kotak makanan beserta nota.
'Happy Dinner, kalau lonely join me. -Reez-'
Maya membawa bungkusan masuk, dan meletakkan di atas meja. Maya berlalu untuk membersihkan diri dan solat maghrib.
Selesai solat, Maya berehat di ruang tamu membawa bungkusan makanan yang Fareez bagi. Salad salmon dan crouton.
"Selalu orang bagi makanan, makanan berat, burger ke, ni salad. you are too different Fareez. You know me well." Maya tersenyum. Maya menghantar whatsapp kepada Fareez.
'Salam, thanks for the food. Jemput makan.'-Maya
'Waalaikummussalam. You are welcome honey. Cukup tak tu'- Fareez
'lebih dari cukup, banyak portion dia.'-Maya
'Alaa, kenapa cukup. Starter je tu. Baru nak ajak keluar for the main course.'-Fareez
'😅then kenapa tak ajak dari awal je.'-Maya.
'takut, Maya Busy.'-Fareez
'Haa tau pun.'-Maya
'herm ok. Enjoy your DINNER.'-Fareez
"Haik, marah ke mamat ni, caplock pulak."
'but i need desert. Want to join me for desert? Tapi nanti la, lewat sikit.'-Maya
'sure. What your cravings? Ais krim, kek or fruit?'-Fareez
'erm, something sweet, fresh and healthy. Haha.'-Maya
'Ok, tell me when you ready.'-Fareez
'not so soon, maybe around 10pm. Need to finish my job first.'-Maya
Maya menyiapkan tempahan goodies bag hello kitty yang sudah 80persen siap. Hampir jam 10 malam kesemuanya sudah siap, dan Maya mengemas kesemua barang-barang. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.
"Siapa pulak datang malam-malam ni. Qist lupa bawa kunci ke?" Maya bersiap memakai tudung dan buka pintu. Fareez tercegat di muka pintu dengan senyuman.
"Want something sweet?"
"Ok, nak la"
Fareez mendepang kan tangan nye, mempersembah kan diri. Maya sedikit keliru melihat kiri dan kanan tangan Fareez.
"Apa?"
"Abang tak cukup sweet ke?" Tanya Fareez hampa.
"Sweet la jugak, tapi tak fresh." Maya tergelak. "Hey.." Maya terjerit kecil saat Fareez mencuit hidung Maya.
"Nakal er. Ye la jom kita pergi makan yang fresh dulu, yang sweet ni kejap lagi la Maya setlekna ye."
"Hee ntah pape ntah. scary la you ni."
"Ala, gurau je. Jom" Fareez menarik tangan Maya. Telefon Fareez berbunyi.
"Hello, ok ok sekejap lagi saya turun" Fareez memati kan telefon
"Cepat la sayang."
"Eh sekejap la, kalut la dia ni. Nak pegi jumpa orang pegi je la, nak ajak orang kenapa?"
"Sebab orang ni ada something fresh yang sayang nak."
"Sayang?" Maya bertanya saat berada berdua dalam lif.
"Ye, Maya panggil abang sayang?" Mata Fareez bersinar-sinar
"Eh tak. Why you call me sayang?" Fareez hanya diam membisu. Saat lif terbuka Fareez segera keluar menuju ke arah seseorang yang menunggu di atas motor. Maya hanya mengikut dari belakang. Saat Maya mendekati Fareez, lelaki tersebut sudah beredar.
"Siapa tu?"
"Ntah tak tau." Fareez mengangkat plastik di tangan nye. "Jom." Fareez berjalan menuju ke taman permainan berdekatan. Mencari meja dan kerusi yang disinari cahaya lampu untuk duduk.
"Silakan.......tuan puteri."
"Da tuan puteri pulak." Maya hanya tersengih.
"Panggil sayang tak nak, tuan puteri pun tak suka, nak panggil ape ye. Nama penuh ok?"
"Reez...You know what, up to you la."
"Ok ok. Now present to you, sweet, fresh and healthy." Fareez membuka bungkusan frozen yogurt dan topping kekacang dan buah dalam bekas berasingan. "Tapi kalau nak sweet yang ni pun, boleh je" fareez menunjuk diri sendir sambil tersenyum gatal.
"Pandai juga kan you ni. Ingat nak bagi kek dengan ais krim. But this one sure healthy. Unexpected."
"Lulus tak?" Tanya Fareez
"Lulus." Maya tergelak kecil.
"Jom makan, eh you punya mana?ada satu je ni"
"Eh share la, banyak kan tu."
"Hah, kena share ke?"
"Takpe la, abang tengok Maya pun da kenyang."
"Tadaa..nah ada dua sudu. Tak payah nak kenyang tengok muka sangat la."
"Laa, kenapa dia bagi dua sudu?"
"Kenapa? Supaya senang nak share la kan"
"Patutnye dia bagi 1 sudu je, lepas tu Maya suap abang makan. Baru la sweet."
Pantas Maya mencubit lengan Fareez.
"Mengada er."
No comments:
Post a Comment