9
Fareez terjaga agak lewat hampir jam 10pagi. Dia tidur agak lewat semalam memikir kan perihal Maya.
Fareez mencapai telefon bimbit di meja. Terdapat 2 misscall dari Maya. Puas dia cuba menghubungi Maya tapi tidak berjawab.
'Marah ke dia pada aku?' Fareez beteka teki. Lantas dia menghubungi ibu nya.
"Assalamualaikum ma"
"Waalaikumussalam Reez. Reez sihat ke sayang?"
"i'm fine ma. Reez da jumpa Maya."
"what? How was she. Dia sihat ke Reez?"
"ya, she is fine ma."
"is she married?"
"no, she still single."
"then why you sound so sad?"
"i made a mistake again."
"Ya Allah Reez. Apa yang Reez buat kali ni?"
"Reez janji nak teman dia pagi ni, tapi Reez tertido. Now Reez da cuba call banyak kali tapi tak angkat. I dont know what should i do now"
"pujuk la dia balik, pergi jumpa dia minta maaf."
"but how."
"Reez kan biasa pujuk perempuan. Mesti ada cara kan."
"but she is not like other girl ma, Reez nak ngorat dia pun bertahun baru dapat."
"then you should know her better. Mama tau anak mama tau macam mana nak pujuk. Just dont do the same mistake again ok."
"ok Ma."
"I will always pray for you sayang. Mama harap next time you come back, you bring her home. Mama rindu dekat dia."
"yes ma. Thank you. I love you mom."
"i love you too. Assalamualaikum."
"waalaikumussalam."
Fareez bingkas bangun dan bersiap. Dia bergegas ke kedai bunga berdekatan dan kembali menuju ke rumah Maya.
"Assalamualaikum." Fareez mengetuk pintu rumah Maya.
Qistina yang berada di dalam bilik meninjau ke luar tingkap melihat gerangan yang datang ke rumah nya di hari minggu. Jarang sekali ada lelaki bertandang ke rumah. Berteka teki Qistina didalam hati melihat abang Fareez yang belanja mereka semalam. 'baru kenal da nak bagi bunga ke..'
"Assalamualaikum." lagi sekali Fareez memberi salam.
"Waalaikumussalam. Sekejap." Qistina mengena kan tudung dan membuka pintu.
"eh, abang Fareez. Ada apa ye?"
"Maya, ada tak?"
"Maya? Maksud abang Adi ke? Dia keluar, tak balik lagi. Abang tak cuba call dia? Abang ada no dia tak? Sekejap, biar Qist cuba call" Qistina cuba menghubungi Maya, tapi tak berangkat. "tak angkat la bang. Busy kot."
"takpe la. Qist free tak?
" takde la free sangat, tengah berehat-rehat je. "
" jom lunch. Abang belanja. "
" ok, sekejap. Qist siap ye. " Qistina bersiap ala kadar dan keluar."Bunga tu untuk siapa?"
"Qist suka bunga?"
"perempuan mesti la suka bunga." jawab Qist sambil tergelak kecil.
"yang ni tuk Adi."
Hampa Qistina bunga ros ungu tu bukan untuk nye. Fareez membawa Qistina makan di kedai sushi berdekatan.
"do you like sushi?" Fareez bertanya saat memberhentikan kereta di depan kedai sushi.
"bukan like. In love sangat. Nak plak orang nak belanja." teruja Qistina turun dari kerets.
Fareez dan Qistina beriringan masuk mencari tempat duduk. Selesai membuat pesanan, Fareez meminta izin untuk keluar sekejap. 10minit kemudian dia kembali dengab sejambak bunga ros pink dan krim.
"this for you." Fareez memberi jambangan bunga kepada Qistina.
"ya Allah, susah-susah je. Qist tak kata pun nak."
"thanks teman abang makan." Fareez tersenyum mengambil tempat duduk. "abang nak tanya something boleh?"
"tanya je la, apa dia."
"Adi tu.." soalan Fareez terhenti saat pelayan menghantar kan makanan.
"Adi ada boyfriend tak?" fareez meneruskan soalan nye sesudah makanan terhidang.
"owh. Abang minat kat Adi ke?" Qistina tersenyum. "ingat abang nak tackel Qist tadi. Baru nak reject." Qistina tergelak.
"kenapa? Abang tak cukup menarik ke? Patut la takde orang nak? Makan lah" Fareez sugul.
"bukan macam tu la. Qist da ada boyfriend. Tapi Adi takde. Tak pernah tengok dia pergi dating." Qistina melihat Fareez tersenyum.
"tapi, dengar kata dia da nak bertunang."
"what?" suara Fafeez agak kuat menyebabkan pelanggan-pelanggan lain memandang mereka.
"sssshhhhss... Qist gurau je. Sis saje cakap je. Dia bergayut telefon pun Qist tak pernah nampak. Life dia kerja, kerja, kerja."
"makan la." Fareez tersenyum gembira.
"Abang, Adi message ajak makan."
"Qist nak tambah apa-apa lagi tak?"
"tak nak, da banyak sangat makan ni. Kenyang, Alhamdulillah. Terima kasih"
"kalau macam tu, jom la."
"Tak sabar nak jumpa Adi ke." Qistina mengusik Fareez.
Fareez mengambil kembali jambangan ros purple di tempat duduk belakang, dan mengikuti Qistina ke rumah.
Saat membuka pintu rumah jelas terlihat Adi tidur di sofa tanpa bertudung. Qistina lantas menutup pintu kembali, tetapi Fareez sempat melihat ke dalam.
"Adi tidur la bang."
"ok. Tolong bagi bunga ni kat dia ye." Fareez menghulurkan jambangan bunga ungu kepada Qistina. "boleh abang minta tolong lagi?"
"apa dia?"
"bila dia bangun. Text abang boleh?"
"ok. Small metter. Qist masuk dulu."
Fareez berlalu turun ke rumah nya. Qistina meletak kan jambangan bunga untuk Adi di atas meja. Dia berlalu ke dapur mengambil pasu di atas peti ais dan meletakkan jambangan bunga nye di dalam pasu dan di letak kan di meja makan. Qistina berlalu untuk menunaikan solat zohor.
Selepas solat, Qistina meninjau Adi yang masih lena di sofa. Qistina mengambil tempat di sisi sofa, dan membelek-belek barang Maya dia atas meja.
"comel nye. Macam-macam bentuk pula tu."
Terpisat-pisat mata Maya, bangun melihat Qistina membelek figura hello kitty yang dibuat.
"bila you balik Qist?"
"lama da balik. Tu ada orang bagi bunga kat you."
"siapa bagi?"
"peminat you bagi"
Maya melihat jambangan bunga ros ungu di atas meja. Hanya fareez yang tahu dia meminati ros ungu. Maya mencapai jambangan bunga lantas melihat kad yang terselit.
'i am sorry-reez'
Maya tersenyum. Dia bingkas bangun melangkah ke dapur, mencari pasu.
"Qist, you nampak tak vase kat atas fridge ni?"
"i guna la vase tu. I letak bunga i kat meja tu"
"wow dia pun ada peminat bagi bunga la."
"bukan peminat pun, tanda terima kasih sebab teman makan je."
"romantik nye, teman makan pun dapat bunga berkuntum-kuntum. Siapa bagi, i kenal ke qist?"
"abang Fareez bagi." Qistina bercakap dengan bersahaja.
"owh. I lapar la, jom keluar makan."
"ala, i baru je balik makan, sushi i makan tadi pun tak habis turun lagi."
"herm, ok la. I nak keluar makan la. I nak pi solat dulu." Maya berlalu ke bilik untuk solat dan bersiap.
Qistina segera menghantar sms kepada Fareez. 'Adi da bangun, dia nak keluar makan kejap lagi. Dia tengah siap.'
'thanks Qistina.-Reez'
Setelah bersiap berpakaian ringkas, maya segera keluar. "Qist, you sure ke tak nak ikut? Nak pesan pape tak?" jerit Maya dari pintu depan rumah.
"Ye Adi, i nak tido je sekarang ni. You take care ok."
Selesai Maya mengunci pintu, dia berpaling dan terkejut. "astaghrfirullahalazim. Ya Allah terkejut nye." "what are you doing here?"
"sorry, abang tertidur pagi tadi. Maya nak pergi mana."
"makan."
"jom, abang pun lapar ni."
"bukan da makan dengan Qistina Ke tadi?"
"erm..lapar lagi la" fareez mengusap perut nye.
Maya berlalu pergi tanpa menghiraukan Fareez. Fareez segera mengejar berjalan seiringan dengan Maya.
Maya tidak mengendahkan Fareez yang mengikuti nye. Saat pintu lif terbuka, dia keluar mengikuti Maya. Ketika Maya masuk ke kereta, Fareez dengan pantas masuk ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta Maya. Maya memandang Fareez meminta penjelasan.
"am i inviting you?"
"no. I am inviting myself." Fareez hanya tersengih melihat Maya. "tak seronok kan makan sorang-sorang. So abang teman kan ok."
Maya menghela nafas panjang dan memulakan pemanduan.
"tak baik mengeluh tau. Kalau penat, abang boleh drive kan." tersengih Fareez melihat Maya, namun tak dihiraukan.
Lama kedua mereka sepi hanya kedengaran radio sahaja yang berbunyi.
"Abang minta maaf. Abang terlajak tidur. Sorry ok." lembut suara Fareez memujuk Maya. Maya tetap membisu.
"where are we going? Maya nak tinggalkan abang kat tengah-tengah highway ke? Kalau Maya marah sekali pun dekat abang jangan la buat camtu ye, abang takde kawan kat sini nak minta tolong. Tapi kalau itu boleh buat Maya tenang, dan maafkan abang, abang redha"
Maya seperti tersedar dari lamunan. Dia menghentikan kenderaan di tepi highway, dan menyalakan lampu kecemasan. "I don't know. Maya tak perasan. Kat mana kita ni?" kelakuan Maya membuatkan Fareez risau.
"Maya, look at me. Are you ok?" Fareez memalingkan muka Maya ke arah nya. Mata Maya berkaca dan kelihatan bingung. "its ok to cry sayang. Let it go ok." air mata Maya terus membasahi pipi. Tapi keadaan Maya yang masih kaku menambah kan kerisauan Fareez.
Maya mengesat air mata, dan memegang perut yang terasa pedih menyembunyikan kecelaruan yang bermain di fikiran nya. "I'm hungry."
"Let me drive. Ok. Abang tau ada tempat mee udang sedap kat exit yang terdekat ni. Nak tak?".
"Ok." jawab Maya ringkas, sambil menanggalkan tali pinggang keledar untuk bertukar tempppat dengan Fareez.
Fareez memandu dan berhenti di hentian rehat yang berdekatan. "tunggu sekejap ye. Jangan tinggal Reez ok" Fareez berlari menuju ke bahagian gerai jualan. Sekembali Fareez ke kereta membawa seplastik makanan.
"nah, buat alas perut dulu." Fareez menghulurkan plastik makanan kepada Maya. Fareez meneruskan pemanduan.
Maya melihat-lihat makanan yang di beli Fareez, sebiji pau dan beberapa jenis buah. Maya mengambil secubit pau ayam yang dibeli dan dijamah."Sedap, Reez nak?"
"boleh juga kalau nak tolong suap." terkejut Fareez bila Maya betul-betul mnyuap nya. Terasa seperti masa dulu-dulu saat mereka masih bercinta.
Hampir habis makanan yang di beli, kereta menyusur di kawasan berbukit dengan pandangan laut. Fareez membelok kan kenderaan ke kawasan perkampungan dan berhenti di salah sebuah rumah. Terdapat beberapa kereta mewah di situ. Tapi tidak kelihatan seperti kedai makan pun. Maya berasa sedikit kaget. Memikirkan keadaan yang mungkin berlaku. "kita nak pergi mana ni Reez"
"jom. We are here."
"tempat apa ni?"
"you gonna love it. Trust me" Fareez membuat senyum nakal.
"no, i tak nak la. Rumah siapa you bawak i ni?"
"Maya, i will not do anything bad to you ok. Fareez nak dapat kan Maya dengan cara elok." Fareez menerangkan selepas menghidu kegusaran Maya. "kat belakang tu ada kedai makan. Jom sayang." Fareez membuka pintu untuk Maya, dan menarik tangan Maya, memimpin Maya ke arah kedai yang dimaksudkan.
Sebaik sahaja Maya melihat Pantai, dia segera menuju ke tepi pantai. Fareez mencari tempat duduk yang paling hampir dengan tempat Maya berdiri.
Beberapa ketika, baru la Maya menghampiri Fareez. "tadi takut-takut nak turun, sampai sini terus lupa abang ye." maya hanya tersipu malu.
Pelayan datang terus menghidangkan 2 mangkuk mee udang, dan 2 gelas limau ais.
"eh saya tak order lagi." terang Maya.
"abang orderkan tadi. Tersima kasih dik." Fareez mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.
"Maya kusyuk sangat tengok laut, jadi abang order kan, hope maya ok dengan menu tu."
"ok je." baru Maya menguis-nguis makanan untuk mengurangkan kepanasan, Fareez menarik pinggan Maya. Maya terkedu, dan terus membuang pandang ke arah laut. Maya menyangka Fareez tidak mahu memberi nya makan.
"ok, nah sayang." lembut Fareez memanggil maya, sedia untuk menyuap Maya namun tidak diendah kan. Fareez melepaskan keluhan berat. Fareez memalingkan badan nye, melihat pemandangan laut dan melayan perasaan.
Maya berpusing untuk melihat Fareez. 'Kenapa dia tak pujuk aku' bisik hati Maya.' di dalam pinggan nye kelihata udang yang siap di kopek isi nya. Maya rasa bersalah berburuk sangka kepada Fareez buat kedua kali nya.
"Reez, makan jom." Fareez tidak memberi respon. "Sorry, Ingatkan tadi Reez nak makan dua-dua, tak nak bagi Maya, tak sangka pulak Reez nak kupaskan udang."
Fareez terus-terusan merenung laut tanpa menghiraukan Maya. Beberapa ketika, Fareez melihat Maya dengan ekor matanya. "da siap makan jom la balik." tutur Fareez tanpa perasaan.
"i need to go to toilet first." Maya berlalu mencari tandas. Saat diankeluar tandas dia nampak Fareez di kaunter bayaran dengan dengan seorang perempuan yang cukup bergaya di sisi Fareez. Maya berdiri di balik pokok berdekatan dengan tempat bayaran cuba mendengar perbualan Fareez dan gadis tersebut.
"kemain sombong you sekarang kan, da puas you guna i, call i pun you tak nak angkat."
"cukup. I tak kan tertipu dengan helah you lagi. Cukup sekali i hilang orang yang i sayang sebab komplot you. You boleh go on dengan life you yang takde hala tuju ni."
"you jangan nak kurang....." kata-kata wanita itu terhenti saat seorang lelaki separuh abad mendekatinya. "sayang, lama nye you ni, ni i kenalkan, kawan i masa kat Ausi dulu. Tak sangka jumpa kat sini" suara Nasha itu bertukar lemah lembut.
"Hai. You nak ke Siam jugak ke?" lelaki tua itu menghulurkan tangan berjabat dengan Fareez.
"no. I have project around here. Anyway, i have to go. See you again." Fareez berlalu mencari-cari kelibat Maya.
Maya mempercepat kan langkah menghala ke kereta tanpa Fareez sedari, kemudian berbuat seperti mencari Fareez.
"there you are. Lets go."
Maya hanya tersenyum dan membontoti Fareez ke kereta. Perjalanan pulang kedua-dua nya hanya diam membisu. Maya menyandarkan badan nye ke dashboard kereta, merenung Fareez. Sekali sekali Fareez mengerling ke arah Maya dan tetap meneruskan pemanduan.
"Masih marah ke?". Tanya Maya mematikan keheningan. Fareez mengabaikan pertanyaan Maya. Saat Fareez mengerling sekali lagi ke arah Maya, Maya mengenyitkan mata dan membuat aksi 'flying kiss' dengan bibir nye. Fareez merenung lama ke arah Maya. Maya masih tersengih-sengih mengalih kan pandangan seolah-olah tiada apa yang dia lakukan. Fareez mengeluarkan telefon bimbit dan segera menangkap gambar Maya.
"Hey, curi gambar". Maya cuba merampas telefon bimbit Fareez, tapi dia meletak kan telefon di bawah paha nya.
"take it if you dare."
"fine". Maya duduk semula memandang ke luar tingkap, tidak menghiraukan Fareez.
Fareez mengeluarkan kembali telefon nya, menekan kan butang merakam video Maya. "What will make you happy right now?"
"ais krim" Maya menjawab bersahaja, kemudia berpaling ke arah Fareez. "what, curi gambar lagi." sekali lagi Maya cuba merampas telefon Fareez.
"i can't have you, at least let me have your photo."
" eeuuu. Scary la reez ni." Maya berpaling semula. "nak gambar cakap je, tak payah nak ambik curi-curi. Sempat la nak senyum ke kan, senonoh la sikit gambar tu."
"really?, selfy dengan abang boleh?"
"boleh je. Mai la sini handphone tu, Maya pegang kan."
"eh takpe, abang pegang."
"kenapa, takut i delete gambar tadi ke or banyak rahsia."
"both." "Can i ask something private"
"no." ringkas jawab Maya.
"please. I really need to know."
"herm. Apa dia."
"Bila Maya nak kawin?"
"Bila jodoh da sampai."
"Kalau jodoh tu abang, Maya terima tak?"
"da nama pun jodoh. Terima je la"
"boleh ke Maya nak terima abang lagi?"
"entah la. Takde jawapan la untuk tu sekarang. Bukan mudah nak lupakan, dan bukan mudah nak terima. Masa je yang akan merubah dan menentukan semuanya."
"Maya masih bencikan abang?"
Maya hanya membiarkan soalan Fareez tak beejawab.
"kita singgah R&R sekejap ye, solat maghrib dulu" Fareez membuat pusingan menghala ke arah R&R bagan Ajam yang terletak di tepi pantai.
"ok."
Sementara Fareez ke surau lelaki, Maya juga menunaikan solat di surau wanita. Usai solat, Maya mendekati Fareez yang dusuk di kerusi berdekatan surau. Fareez kusyuk melihat hand phone tanpa menyedari kehadiran Maya.
"Haa, tengok gambar awek ke tu."
Fareez yang terkejut segera mengalih kan handphone nye.
"nak tengok, cun tak?"
"tengok ape?"
"gambar awek reez la, tu kat dalam handphone tu. Tak yah la kedekut sangat. Dengan kawan lama pun nak kedekut ke?" Maya cuba nak mengambil telefon Reez.
"kawan?" nada Fareez agak kecewa. "awek Reez mesti la cun. Comel, cantik, bila dia senyum bergetar jantung ni tau. Nak tengok?" Fareez menukar kan telefon nye ke aplikasi kamera depan. "nah."
Jelas kelihatan wajah Maya di skrin kamera tu. Maya menunjukkan wajah tak puas hati, lantas mencubit pergelangan Fareez. "tak kelakau ler."
"lepas kena tinggal, abang da tak reti nak cari awek. Awek abang sorang tu je la. Maya kenal sangat dengan dia kan? Maya tolong la pujuk dia untuk abang, takpun, Maya la tolong cari kan awek untuk abang, boleh.?" melihat Maya yang masih berdiam, Fareez melangkah menghala ke pantai.
Maya mengikuti Fareez tanpa berkata apa-apa. Dia sendiri tak pasti dengan perasaan nya. Rindu, tapi hati nya sakit. Dia terlampau takut untuk bercinta lagi lepas apa yang telah dia lalui. Maya berhenti di tempat Fareez duduk dan mengalas kan tempat duduk nya dengan selipar yang di pakai, dan duduk menghadap laut.
Fareez melihat Maya yang menghadap laut. Riak wajah Maya bercelaru, tanpa dia mengerti. "Macam mana life Maya tanpa abang?"
"ok, as what you can see."
"takde lelaki yang ngorat Maya ke?"
"Da banyak kali kena tinggal. Tak layak untuk bahagia kot, mungkin sebab Maya tinggal kan Reez dulu jadi Allah balas balik."
"kenapa cakap macam tu. Abang tak pernah doa yang bukan-bukan untuk Maya. Abang bersalah, sebab abang Maya tak bahagia sampai sekarang."
"takde la, bukan sebab abang pun. Maya yang tak reti jaga perasaan orang kot. Tak reti nak bercinta, tu la kena tinggal je. Abang dulu pun cari lain kan. Must be something wrong with me la."
"Maya." Fareez meraih tangan Maya dan menggenggam erat. "abang akan sentiasa ada untuk Maya. Kalau Maya tak boleh terima abang pun, abang akan tetap ada temani Maya sebagai sahabat Maya."
"walaupun maya da kawin?"
"walaupun Maya da kawin. Abang akan tetap protect Maya kalau-kalau suami Maya buat hal. Abang tak boleh ubah masa lalu. Tapi abang cuba perbaiki masa sekarang untuk ubah masa depan."
Mata mereka bertentangan agak lama. Mencari bait-bait cinta yang masih bersisa.
" i think we should go back now. " Maya mengalihkan pandangan dan menarik tangan nya dri genggaman Fareez. Dia bingkas bangun."esok kerja kan. Nanti lewat pulak nak tido malam ni."
Dalam perjalanan Maya tertidur keletihan. Fareez sempat singgah di kedai hadiah, membeli beruang teddy sederhana besar untuk Maya. Tiba di perkarangan Parkir kereta, Maya masih lena.
"Maya, bangun sayang. Kita da sampai ni." Fareez mengerak-gerak kan bahu Maya. Maya bergerak merasakan tidurnye diganggu, tetapi mata nye masih kekal tertutup. Fareez mencapai beruang teddy di tempat duduk belakang memegnnye di hadapan Maya.
"cik Maya, bangun la" fareez menggunakan suara kecil sambil mengerakkn beruang teddy ke arah Maya. "cik Maya tak nak bangun kita pergi dengan en Fareez la."
Maya lants membuka mata nye lantas memeluk Fareez yang berdekatan. "Reez, jangan tinggalkan Maya." Maya teresak-esak menangis sambil merangkul leher Fareez.
"sayang, kenapa ni? Reez ada je kat sini ok. Tak mau nangis.
"Maya mimpi, Reez tinggalkan Maya. Janji jangan tinggalkan Maya ok." perilaku Maya seperti 3 tahun yang dulu saat mereka masih pasangan kekasih tidak seperti Maya yang dingin yang baru dia temui kembali.
"janji, Reez tak tinggalkan Maya ok. Jom naik basuh kaki, then tidur. Esok nak kerje lagi kan" Maya melepaskan rangkulannya dari leher Fareez tetapi masih memeluk beruang teddy yang ada antara meraka.
Fareez lantas membuka pintu kereta memimpin Maya keluar. Di ingatan Maya sekarang mereka masih pasangan kekasih. Mereka berjalan beriringan memasuki lif. Maya bersandar ke bahu Fareez. Fareez memeluk bahu Maya merapat kan kepala Maya bersandar ke dadanya. Sampai di depan pintu rumah Maya, Fareez memberikan kunci kereta Maya.
"masuk bersih-bersihkan badan dulu, baru tidur ye. Reez gerak dulu, nanti Reez call."
"where are you going? We not staying together?" fikiran Maya menjadi bercelaru.
"sayang we haven't married yet. Mana boleh duduk sekali."
Maya rasa terpukul, riak wajahnye seolah-olah tersedar dari mimpi. Dia memegang kepala nya yang sedikit pening. Timbul rasa malu dengan tingkah laku nya. "sorry, it should not be like this." Maya segera masuk dan menutup pintu. Maya terduduk dibalik pintu dan menangis.
Sakit terasa dihati Fareez mendengar tangisan Maya dibalik pintu. 'what have i done to you.''i am sorry sayang. ' bisik hati Fareez. Fareez melangkah turun ke apartment nye. Menghempas badan nya di sofa, cuba memahami situasi tadi.
Maya menekup muka ke beruang teddy, menjerit dan menangis sepuasnye.
Qistina yang mamai terjaga dari tidur mendengar tangisan perempuan. Di membuka pintu bilik perlahan-lahan cuba mencari bunyi tangisan itu. Qistina melihat Maya terduduk di depan pintu utama sambil menangis. "Ya Allah Adi, kenapa ni?". Qistina segera mendapatkan Adi.
"i dont know. I tak tau nak buat apa Qist."
"cuba cerita apa yang jadi. Abang Fareez, cabul kau ke?" Maya menggeleng, tangisan nya sudah berhenti. "habis tu, kereta kau rosak?" Maya menggeleng lagi.
"cuba kau cerita apa yang jadi sebenarnya" Qistina memimpin Maya ke sofa. Qist lantas ke dapur, kembali membawa dua mug air dan menghulurkan satu kepada Maya.
"ok, sekarang cuba ko cerita dari A sampai Z."
"i keliru. Antara cinta, benci, sayang dan kecewa. I tak tau apa yang patut I buat. Fareez tu ex boyfriend i. We all berpisah tiga tahun dulu sebab dia curang. Bukan sorang perempuan banyak perempuan."
"eh jap, Fareez ni, abang Fareez yang belanja kita tu ke?"
Maya memandang Qistina dan mengangguk.
"tak sangka ek, nampak macam baik, penyanyang je. Tak sangka buaya. Habis tu dia nak apa cari u lagi"
"Dia kata dia da berubah. Dia nak i balik."
"habis tu, you percaya ke?"
"I don't know. I tak tau. Dia nampak ikhlas, nampak betul da berubah. Dia cakap kalau i tak terima dia pun dia redha tapi dia nak kekal sebagai sahabat."
"you masih sayang kan dia... Kan?" Qistina meneka.
"I dont know."
"Kalau you da takde hati kat dia, you tak kan menangis macam ni."
"what should i do?"
"kalau u nak bagi dia peluang you kena terima dia as new. Tak kan ungkit kecurangan dia da. Tapi kalau you tak boleh lupa kecurangan tu, jangan la siksa diri. Nanti you sendiri yang merana. You just good kan sebelum ni without him."
Maya teesenyum, memegang tangan Qistina. " Thanks. Sorry i wake you up. "
" herm da la, jom tido. Kacau mimpi i je tau. "
" sorry ok. Thank you doktor cinta. You pi la sambung mimpi balik ok. "
" you tak nak tido lagi ke."
"i nak ambik angin sekejap"
"jangan lelama sangat. Da lewat ni. Esok koje."
"iyeee bos" Maya tersengih melihat Qistina berlalu ke bilik.
Maya melangkah ke beranda, menghempaskan badan ke buaiyan melihat jauh pemandangan malam.
Fareez yang terlena di sofa mengigau dan terjaga sambil menjerit nama Maya. Dia melihat jam menunjukkan pukul 4 pagi.
"astaghfirullahhalazim." Fareez meraup wajah nye.. Dia bingkas bangun mengambil wudhuk dan solat.
Maya ditingkat atas yang terlena di beranda, terjaga dan terjatuh dari buaiyan bila terdengar jeritan suara memanggil nama nye. Dengan rasa takut, Maya bangun segera masuk kerumah menutup pintu sliding dan menuju ke bilik nye. Maya terlena kembali di katil
No comments:
Post a Comment