4
Qistina membelek-belek surat tawaran kerja nya berulang-ulang kali. Dia perlu melaporkan diri minggu hadapan di penang. 5jam pemanduan, tapi tiada saudara mara di sana. Rumah pun belum dicari. Dengan malas dia membuat carian rumah untuk disewa di internet. Berehat panjang selepas tamat pengajian membuatkan dia malas untuk bekerja. Tapi disebabkan bebelan ibunya dia gagahkan diri mencari kerja di serata Malaysia. Tawaran ini pun tidak disenangi ibunya kerana jaraknya yang jauh dari rumah. Itu membuatkan dia lebih berat hati, namun sudah banyak tempat dia mencuba hanya ini yang berjaya. Brusaha dia memujuk ibunya untuk bersetuju membenarkan dia menerima tawaran tersebut.
" kalau Qis tak dapat cari rumah sebelum qis berangkat maksudnya tak payah pergi kerja kat sana. Anggap je bukan rezeki Qis. Panggil orang keje jauh-jauh tapi tak sediakan rumah." antara bebelan Puan Hasmah saat berpidato dengan anaknya bila Qistina menyuarakan hasrat untuk bekerja di Penang.
Di lubuk hati Puan Hasmah terasa sayu jika benar Qis akan bekerja di Penang, dia akan sendirian. Salah dia kerana memaksa Qis mencari kerja. Niat dihati nya supaya Qis dapat belajar berdikari mencari wang sendiri namun tidak la sampai begitu jauh tempat mencari rezeki nya. Qistina satu-satu anak nya yang ada dan dia tidak pernah berpisah jauh sebelum ini.
Selama ini bukan qistina malas atau tidak ingin bekerja seperti bebelan ibunya, tapi tiada yang ingin mengambil nya bekerja. Sudah banyak resume dan permohonan yang dihantar melalui email tapi kebanyakan nye menghampakan. Dia mencari tetapi ibunya sahaja yang tidak mengetahui. Hanya company yang di penang ini sahaja yang bersetuju untuk memberinya peluang pekerjaan. Gaji yang ditawarkan pun lebih tinggi berbanding kerja di ibu kota. Qistina meneruskan pencarian untuk tempatnya menginap di Penang kelak. Dia mengubah carian nya kepada bilik untuk disewa. Da tergerak untuk melihat satu iklan bilik sewa dari blog MizzUnknown. Ternyata harganya berpatutan dan lokasi nye sangat strategik. Lantas dia menghubungi pemilik blog tersebut untuk bertanya dengan lebih lanjut.
"assalamualaikum. Saya nak sewa bilik kosong kat rumah awak tu. kalau saya nak sewa, bila saya boleh masuk?" qistina menulis komen di blog MizzUnknown.
Tak sampai 5 minit komen nya berbalas.
"nampaknya blogger ni tengah online ni" desis hati qistina.
"Wsalam. Esok pun boleh. Taknak datang tengok bilik dulu ke? nanti lepas tengok kalau berkenan kita bincang macam mana. Saya pun nak kenal jugak la dengan awak dlu. Maaf la bukan nak berperasangka buruk cuma zaman sekarang ni kena lebih hati2". Komen dinda membuatkan qistina tergelak.
"sangat berterus terang, hehe. Saya akan ke penang lusa, boleh jumpa masa tu. Kalau boleh saya confirm jadi la bilik tu, sebab saya start keje minggu depan." qistina membalas komen MizzUnknown dengan harapan dia akan setuju.
"ok see u then. Aything whats app me ya"
"yes. Im going to penang!" jerit qistina memcah keheningan malam sehinggakan ibunya meluru masuk ke bilik nya.
"kenapa Qis?kenapa terjerit-jerit ni?" tanya puan Hasmah kepada ank manja nya.
Puan hasmah lantas duduk dibirai katil anak tunggalnya sambil menghela kan nafas berat.
"Qis, mama ikut Qis pergi penang ye. Kita cari rumah sewa yang sesuai sama-sama."
Perbualan dengan suaminya semalam membuatkan puan Hasmah merelakan ank tunggalnya mencari rezeki di penang.
"Mama, i found a room already. Lusa Qis akan ke penang tengok bilik and terus duduk la sampai start keje."
"awal nye Qis nak pergi. Mama ikut ye, boleh mama tengok-tengok sekali bilik tu. Kalau tak sesuai kita cari lain."
"Mama, nak sewa satu rumah mahal tau, yang tu je Qis jumpa murah. Lagi pun Qis da contact budak yang nak bagi sewa tu. Funiture sume da ada, qis tinggal bawa baju-baju je." qistina cuba menghilangkan keraguan ibunya.
"apa salahnya mama ikut, hujung minggu nanti papa pegi jemput mama kat rumah sewa Qis tu." kedengaran suara garau tuan Hamid.
"boleh la mama kenal-kenal teman serumah Qis tu, elok ke tak buadaknya nak dijadikan kawan. Kalau salah pilih kawan binasa kat diri kita balik." tambah tuan hamid.
" ye la pa, nanti Qis inform budak tu yang qis nak bawa mama duduk sehari dua. Qis bukan apa, takut dia atau mama tak selesa je nanti."
"mama atau budak tu atau qis y tak selesa bila mama ada sekali. Tak sabar nak hidup bebas."duga puan Hasmah.
"mama, qis lagi la suka mama ada berkepit dengan qis, makan ada orang masak, baju ada orang tolong basuh. Yang paling qis suka bebelan mama tu. Macam dengar muzik R&B je." sambil kistina merangkul leher ibunya dari belakang.
Berderai tawa qistina sekeluarga mendengar ungkapan qistina.
No comments:
Post a Comment